Bila bercerita tentang dunia hiburan, pasti ramai yang menganggap kebanyakan selebriti bukanlah terdiri daripada pelajar bijak malah lebih gemar berhibur dan berfoya-foya. Ternyata, ada beberapa selebriti terkenal dunia mempunyai latar belakang pendidikan yang menarik. Tidak percaya?

Ashton Kutcher
Biarpun penerbit rancangan MTV ini berpenampilan 'selekeh' dan sering melakukan perkara 'gila-gila', dia yang juga merupakan kekasih kepada pelakon bernama Mila Kunis sebenarnya merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Biokimia di University of Iowa. Dia juga pernah dilantik sebagai peljar paling bijak ketika zaman persekolahannya.

Rowan Atkinson
Lebih dikenali dengan watak Mr. Bean, siapa sangka pelawak ini sebenarnya lelaki yang pernah mempunyai ijazah di dalam Kejuruteraan Elektrik di Universiti Newcastle dan Universiti Oxford dalam bidang yang sama.

James Franco
Pelakon kacak ini sangat mencintai ilmu falsafah. Dia bukan saja memiliki ijazah sarjana muda dari UCLA tetapi menerima ijazah sarjana dalam bidang seni di Universiti Columbia dan juga PhD di dalam jurusan Bahasa Inggeris di Universiti Yale.

Brian May
Gitaris dan pencipta lagu dari kumpulan Queen ini bukan calang-calang orangnya. Luarannya kelihatan seperti selebriti yang ganas kerana pembawaan genre muzik rock yang diketengahkan. Tapi siapa sangka, dia memiliki ijazah PhD didalam Astrofizik dari Kolej Imperial London dan kini dilantik menjadi Canselor di Universiti John Moores, Liverpool.

Natalie Portman
Bukan sekadar cantik, pelakon filem "Black Swan" ini merupakan pelajar Ijazah dalam jurusan Psikologi dari Universiti Harvard. Ketika di Universiti, Natalie pernah bekerja sebagai sukarelawan selain memberi syarahan menentang keganasan terutama tindakan Israel menyerang Palestin biarpun dia sendiri berasal dari Jerusalem, Israel!

Terbukti selebriti bukan sekadar hanya pandai berlakon, bermain emosi dan tampil kacak jelita tetapi juga mempunyai latar belakang pendidikan yang menarik. Mungkin anda boleh menjadi seperti mereka malah lebih hebat. Jika bakal bergelar selebriti satu hari nanti pun salah satu rezeki juga!