''Menghukum mangsa hanya sekadar merugikan masa sahaja sedangkan
permasalahan sebenar tidak dapat diselesaikan,'' katanya ketika ditemui,
baru-baru ini.
Jelasnya, dalam usaha menyelesaikan permasalahan sedemikian perlu
dilihat kepada 'akar' yang menjadi punca berlakunya permasalahan itu.
''Sekiranya ia berpunca dari rumah, maka penyelesaiannya adalah kepada
ibu bapa, yang mana ibu dan bapa adalah guru pertama yang mencorakkan
diri anak-anak itu,'' ujarnya.
Tegas Madeleine, tugas ibu bapa bukan sekadar memberikan pendidikan
serta menjaga makan dan minum anak-anak semata -mata tetapi memberikan
kasih sayang dan perlindungan yang secukupnya,
Sekiranya kasih sayang yang diperlukan kanak-kanak tidak dapat dikecapi
di rumah, maka mereka akan cuba perolehinya di luar rumah. Di sinilah
bermula kepada masalah.
"Anak-anak cuba mencari keseronokan di luar rumah dan mereka mula
terpengaruh dengan perkara yang hanya merugikan diri mereka dan juga
masa depan anak-anak itu,'' jelasnya.
Ditanya apakah yang dilakukan oleh pertubuhan itu dalam usaha
menyelesaikan permasahan itu, Madeleine menjelaskan, pihaknya banyak
menjalankan sesi kaunseling kepada kanak-kanak dan ibubapa dalam usaha
memberikan kesedaran.
''Dalam situasi tersebut, kita banyak mendengar keluhan mangsa-mangsa yang terjerumus dalam masalah sosial,'' jelasnya.
Namun dalam situasi tersebut, Madeleine memberitahu, banyak pihak yang
cuba menghentam anak-anak itu sehingga mereka takut untuk berkongsi
masalah yang hadapi.
''Oleh itu, timbullah pelbagai isu sebagai contohnya, pembuangan bayi
yang mana mereka sebenarnya cuba menutup kesilapan yang telah di
lakukan.
"Dalam situasi tersebut, seharusnya, ibu bapa menerima mereka dan cuba membawa ke pangkal jalan, tetapi yang berlaku sebaliknya.
"Justeru ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah tersebut.
"Mereka perlu luangkan lebih masa dengan anak-anak dan mengambil tahu apa masalah mereka.
''Kita perlu tahu bahawa gelora anak-anak muda memerlukan pembimbing
yang betul sebagai panduan untuk menilai baik dan buruk,'' ujarnya
serius.
Masyarakat juga katanya, harus berganding bahu dalam sama-sama
menyelesaikan permasalahan yang berlaku memandangkan anak-anak adalah
generasi yang akan membentuk pembangunan masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan