Ahad, 17 Mac 2013

Revolusi Teknologi Kamera


D3100 bakal memberikan kelainan bagi peminat siri DSLR kelas pertengahan ini.


Menyedari evolusi teknologi kamera digital yang semakin giat berkembang, Nikon juga turut tidak mahu mengecewakan peminat setia jenama tersebut dengan menaik taraf siri kamera sedia ada.

Sebagai penutup tirai tahun 2010, Nikon kembali menawarkan dua kamera Digital Single Lense Reflexs (DSLR) serta lima kamera kompak.

Antaranya, model D7000 yang merupakan kamera kelas pertengahan bagi siri Nikon DX berformat DSLR.

Memiliki aplikasi terbaru seperti penderia imej CMOS berformat DX, enjin pemproses imej terbaru, Expeed 2 serta meter penderia baru mencapai 2,016 piksel.

Antara lain, ia juga memiliki sistem AF terbaru yang menyediakan 39 poin pemfokusan dan kebolehan merakam video pendek.

Manakala model D3100 juga merupakan sebuah kamera DSLR yang turut diperbaharui dari model sebelumnya iaitu D3000 memiliki 'peralatan' tambahan seperti penderia imej CMOS, enjin pemproses imej terbaru serta memiliki mod panduan pengguna yang terbaru.

Selain itu, model D3100 ini juga mampu menjadikan peminat seni fotografi amatur menghasilkan gambar yang berkualiti serta kreatif.

Seterusnya, siri kamera kompak yang terdiri daripada Coolpix S1100 yang menyediakan panel skrin yang lebih luas serta peningkatan sistem projektor agar lebih terang sebanyak 40 peratus.

Bagi Coolpix S80 pula, ia memiliki reka bentuk yang lebih nipis serta anggun di samping fungsi panel sesentuh yang terbaru.

Coolpix S80 juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terbaru daripada Nikon termasuk enjin pemproses imej terbaru, Expeed C2 dan lensa pemfokusan yang lebih nipis.

Sementara itu, bagi Coolpix S5100 dibina secara ringkas, berkebolehan merakam gambar suasana malam hari dengan menghasilkan gambar yang jelas dan kurang kesan gegaran.

Ia dilengkapi dengan fungsi baru yang membolehkan kamera ini mengesan keadaan di mana kamera sedang digunakan dengan tangan mahu pun tripod secara automatik sekali gus memberikan reaksi terhadap keadaan atau suasana ketika gambar dirakam.

Seterusnya, Coolpix P7000 serta model merupakan sebuah model yang kelihatan agak klasik.

Biarpun begitu, ia mampu memberikan kualiti imej yang dirakam setara dengan kamera yang berbentuk lebih futuristik.

Ia memiliki kebolehan sama seperti kamera DSLR di mana hasilnya juga seperti yang dirakam oleh kamera DSLR.

Malah, fungsi rakaman serta operasinya juga mampu menyaingi kebolehan kamera DSLR yang berkebolehan merakam imej dengan format RAW.

Justeru, hasil rakaman daripada Coolpix P7000 mampu memuaskan hati sesiapa sahaja termasuk bagi mereka yang biasa menggunakan kamera DSLR.

Ditambah dengan kelebihan tujuh kali pemfokusan optikal menjadikan ia sebuah model kamera kompak yang multi fungsi.

Manakala yang terakhir adalah Coolpix S8100 yang merupakan model yang memiliki penderia CMOS yang telah diperbaharui serta mampu memberikan reaksi dengan pantas.

Ia juga merupakan kamera yang amat sesuai untuk sesi fotografi pada waktu malam atau cuaca yang gelap atau mendung.

Coolpix S8100 dilengkapi pakej iaitu kebolehan merakam secara terus pada kelajuan yang tinggi serta merakam video HD penuh dengan sistem bunyi stereo.

Malah fungsi pemfokusan optikal sebanyak 10 kali serta 'Creative Slider' menjadikan ia satu-satunya kamera yang membolehkan anda meluahkan ekspresi diri pada tahap maksimum.

Kini, bagi peminat serta pengikut setia siri kamera Nikon, pastikan anda tidak merasa terbeban serta pening memikirkan jenis serta siri yang terbaik untuk dimiliki kerana setiap satunya pasti berbeza serta mempunyai keistimewaan tersendiri.

Anda hanya perlu pilih serta rasai sendiri kehebatan revolusi terbaru siri kamera daripada Nikon ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan